Pages

Papaya Pool

adn by:http://www.sajionline.com.my/


Bahan-bahan:
1 biji betik kecil yang masak - dikisar
2 biji kuning telur
1/2 biji limau nipis - diperah jusnya
200 gm susu cair
6 biji putih telur - dipukul
Gula mengikut manis yang disukai
Cara Menyediakan:
1. Sediakan mangkuk, campurkan isi betik dengan jus lemon dan kacau hingga sebati.
2. Kuning telur dan susu dipukul perlahan hingga sebati kemudian campurkan dengan adunan betik tadi.
3. Pukul pula putih telur masukkan ke dalam adunan betik kacau sebati dan kukus sebentar sebelum dihidangkan sejuk.

JUS IDAMAN


Bahan-bahan:
60 ml jus oren
60 ml jus nanas
60 ml jus mangga
60 ml jus tembikai
10 ml susu cair
10 ml kordial limau
10 ml sirap gula (ros)
Cara Menyediakan:
1. Campurkan kesemua jus kecuali sirap. Tuangkan ke dalam gelas.
2. Kemudian tuang pula sirap secara perlahan-lahan melalui tepi gelas. Cara ini boleh mengelakkan sirap bercampur dengan jus lain.
3. Jika suka boleh dicampurkan dengan ketulan ais. Hias dan hidangkan.

Rendang Udang


Bahan-bahan:
600 gm udang bersaiz sederhana
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
3 batang serai - dikisar
15 tangkai cili kering - dikisar
30 gm kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
200 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Udang digaul dengan kunyit kemudian digoreng hingga masak. Tuskan.
2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan asam gelugur. Kacau hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan udang, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan angkat

Salad Buah Sirap Kayu Manis


Bahan-bahan:
1 biji nanas masak - didadu
1/2 biji tembikai susu
1 biji betik masak
1/2 biji tembikai
1/2 cawan air
2 cm kulit kayu manis
3 sudu besar gula pasir
Cara Menyediakan:
1. Didihkan air bersama gula dan kayu manis hingga larut, masukkan nanas, biarkan sejuk.
2. Skop tembikai susu, tembikai dan betik berbentuk bebola. Isikan ke dalam kulit tembikai yang sudah dikeluarkan kesemua isinya.
3. Tuangkan nanas bersama air gula ke atasnya. Hidangkan sejuk.

Flan Mangga


Bahan-bahan:
(Untuk lapisan bawah)
125 gm mentega
125 gm gula
150 gm tepung naik sendiri
150 gm isi mangga yang sudah dicincang
2 biji telur
1 sudu kecil esen mangga
Sedikit pewarna kuning
(Untuk lapisan atas)
250 gm isi mangga - dipotong dadu
100 gm tepung ubi
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil esen mangga
90 gm serbuk jeli
3/4 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 cawan air panas
1 cawan air
Cara Menyediakan:
1. Untuk membuat lapisan bawah, putarkan gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga sebati.
2. Masukkan isi mangga, esen dan pewarna kuning, kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
3. Tuang adunan di dalam loyang bulat dan bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan.
4. Untuk lapisan atas, campurkan serbuk jeli dengan air panas kemudian kacau hingga larut.
5. Bancuh tepung ubi dan tepung beras dengan air hingga sebati, kemudian tuangkan ke dalam larutan jeli. Masukkan isi mangga, esen mangga, santan pekat dan gula kemudian kacau hingga sebati.
6. Kacau adunan di atas api perlahan hingga sedikit likat, dan pastikan adunan tidak bergentel.
7. Tuangkan adunan di atas lapisan kek dan dinginkan dalam peti sejuk. Hias semasa menghidang.

Shahi Tukrey



8 keping roti - buang kulitnya & potong 2 menyerong
4 sudu besar minyak sapi
1 liter susu
1 cawan gula
2/4 sudu kecil serbuk pelaga
2 sudu besar kismis

Cara Menyediakan:

1. Panaskan susu dan gula sambil dikacau berterusan.

2. Masukkan 1 sudu kecil minyak sapi untuk mengelak susu melimpah.

3. Masak hingga paras susu menjadi separuh. Sejukkan kemudian masukkan kismis dan serbuk pelaga.

4. Panaskan minyak sapi dan goreng roti hingga kekuningan.

5. Celupkan kepingan roti di dalam susu selama dua minit, angkat dan letakkan dalam piring hidangan.

6. Curahkan susu yang dimasak tadi dan hindangkan.

DILEMA MERAH



Bahan-bahan:
10 biji sengkuang Cina
1 sudu kecil pewarna merah
100 gm tepung ubi
200 gm santan
100 gm nangka
300 gm gula
1 sudu kecil garam
Sedikit santan

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan sengkuang Cina dan potong dadu.

2. Kemudian, rendamkan di dalam pewarna merah selama 10 minit sebelum ditoskan airnya.

3. Setelah itu, gaulkan sengkuang tersebut bersama tepung ubi.

4. Rebus sengkuang tersebut.  Tunggu sehingga sengkuang timbul dan bolehlah diangkat.

5. Letakkan di dalam bekas berasingan yang telah dicampur dengan sedikit ais supaya tahan lama.

6. Selepas itu, panaskan santan dengan api perlahan dan masukkan sedikit garam ke dalamnya.  Biar sehingga sejuk.

7. Panaskan gula dan air sehingga mendidih.  Kemudian, masukkan nangka ke dalam air gula.

8. Angkat dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihidang bersama santan, sengkuang dan ais.