
Bahan-bahan:
10 biji sengkuang Cina
1 sudu kecil pewarna merah
100 gm tepung ubi
200 gm santan
100 gm nangka
300 gm gula
1 sudu kecil garam
Sedikit santan
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan sengkuang Cina dan potong dadu.
2. Kemudian, rendamkan di dalam pewarna merah selama 10 minit sebelum ditoskan airnya.
3. Setelah itu, gaulkan sengkuang tersebut bersama tepung ubi.
4. Rebus sengkuang tersebut. Tunggu sehingga sengkuang timbul dan bolehlah diangkat.
5. Letakkan di dalam bekas berasingan yang telah dicampur dengan sedikit ais supaya tahan lama.
6. Selepas itu, panaskan santan dengan api perlahan dan masukkan sedikit garam ke dalamnya. Biar sehingga sejuk.
7. Panaskan gula dan air sehingga mendidih. Kemudian, masukkan nangka ke dalam air gula.
8. Angkat dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihidang bersama santan, sengkuang dan ais.

0 komentar:
Posting Komentar